Sejarah MPMP
KRONOLOGI PENUBUHAN MPMP
Cadangan penubuhan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) yang pada asalnya dikenali Majlis Permuafakatan Mahasiswa Perak (MPMP) bermula semasa Perhimpunan Anak Perak Perak di Bukit Jana, Taiping anjuran Kesatuan Anak Muda Islam Perak (KAMI) pada 19 – 21 Mac 2010. Pada perhimpunan tersebut satu resolusi yang dipanggil “Deklarasi Bukit Jana 2010 – Hala Tuju Mahasiswa Perak 2013” telah dibentang hasil daripada persetujuan semua Kepimpinan Anak Perak IPT yang hadir semasa program tersebut. Antara intisari dalam Deklarasi tersebut adalah meminta kerajaan negeri Perak menubuhkan MPMP yang bertujuan sebagai platform dalam usaha memastikan legasi anak Perak dapat dikekalkan secara konsisten dan menjadi jambatan penghubung antara Mahasiswa Perak dengan Kerajaan Perak. Walaubagaimanapun, kami akan mengekalkan pendirian bahawa Majlis ini sebuah entiti yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak terutamanya parti politik (non-partisan) dengan menjadi AUKU 1971 (pindaan 2009) sebagai sumber rujukan. Tapi sayang, hasrat yang menggunung tinggi dari semua mahasiswa Perak supaya MPMP ini ditubuhkan tidak menjadi kenyataan.
Kesannya dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua perwakilan IPT, MPMP ini dikekalkan dengan pergerakan Majlis ini secara underground dalam usaha penubuhan ini dapat terlaksana. Akhirnya, sekali lagi usul ini dibangkitkan dalam mesyuarat khas ketua-ketua atau Presiden-Presiden Anak-Anak Perak IPT sebelum Himpunan Anak Perak anjuran Yayasan Perak pada Oktober 2010. Alhamdulillah, perkara ini telah menarik perhatian daripada pihak Yayasan Perak untuk dipanjangkan kepada Menteri Besar Perak. Pada 15 – 17 Oktober 2010, Perhimpunan Anak Perak IPT diadakan. Usaha selama ini seperti telah menampakkan hasilnya, apabila pada Makan Malam Bersama YAB Dato Seri Dr. Zambry B Abd Kadir di rumahnya pada 16 Oktober 2010, beliau telah bersetuju MPMP ini ditubuhkan dengan sebagai permulaan RM100k diberikan kepada MPMP untuk menggerakkan Majlis ini. Di samping itu, MB Perak juga mencadangkan MPMP juga akan diletakkan di bawah Yayasan Perak dan nama majlis ini ialah Majlis Perundingan Mahasiswa Perak.
Seperti angan-angan Mat Jenin, begitulah yang berlaku kepada Kepimpinan Anak Perak IPT apabila setelah 4 bulan berlalu selepas tamatnya Perhimpunan Anak Perak IPT tersebut masih lagi tidak ditubuhkan. Jadi sebagai langkah awal, satu groups di Facebook dibuat yang dikenali KAMI MENDESAK PENUBUHAN MPMP. Groups ini sebagai langkah desakan mahasiswa kepada kerajaan negeri dan juga Yayasan Perak supaya MPMP ini ditubuhkan juga. Insyallah, kami akan berusaha supaya MPMP ini berjaya ditubuhkan.
TUJUAN PENUBUHAN MPMP
Menyatukan keseluruhan Persatuan Anak-Anak Perak IPT di bawah MPMP. Majlis ini pada cadangan kami menjadi penghubung antara mahasiswa Anak Perak dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak. Selain itu, Majlis ini akan bersidang secara berkala dalam membincang dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku terhadap ahli anggota MPMP terutamanya dari sudut kebajikan pelajar anak Perak. Di samping itu, sebarang dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak akan turut diteliti dan memerlukan pandangan dari ahli jemaah MPMP terlebih dahulu.
SAMA-SAMA KITA MENYOKONG DESAKAN INI SUPAYA HASRAT DAN KEINGINAN KITA SEBAGAI MAHASISWA DIREALISASIKAN
Subscribe to:
Comments (Atom)




